Penampilan Artis Jemputan Hangatkan SuperFestGanu 1.0 29-30 Mei 2015

Diterbitkan oleh Admin pada Khamis, Mei 07, 2015


YES! Kini sudah disahkan. Barisan artis baru & ternama Malaysia memeriahkan lagi SuperFestGanu 1.0 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Kesudian artis jemputan untuk meluangkan masa, bukan sahaja dapat bertemu peminat-peminat mereka di negeri Terengganu, tetapi yang paling penting penglibatan mereka juga sebagai vendor di SuperFestGanu tersangatlah kami hargai.

Berikut adalah antara barisan artis Malaysia yang memeriahkan SuperFestGanu 1.0 29-30 Mei 2015 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu:-

Amar Ashraf (Pelakon dan pengarah teater)

Lulusan diploma Seni Pengarahan dan Lakonan daripada Akademi Seni Kebangsaan (Aswara)

Drama: Setia Hujung Nyawa, Nilapura, Patah Seribu, Pelangi I Love U, Hantu Susu, Dalam Hati Ada Taman , Diva Kokdiang Di Paris , Kasih Najiha, Sarafina, Masihkah Ada Cinta, Raya Ni Mesti Kahwin.

Telemovie: Patah Seribu, 3 Jumaat Terakhir, Aku Mahu Terbang, Janji Kita, Geteran Jiwa, Setia Hujung Nyawa Raya, Sweet Lola, Ciptaan Terindah, Designer DD Naik Haji
Filem: Penunggu Istana, Qada

Norshila Amin

Penyanyi yang popular dengan lagu Kad Ucapanmu. Pernah mengundurkan diri daripada dunia seni pada sekitar 1997 tetapi kini telah kembali untuk terus mewarnakan industri seni tanahair.

Norshila, 48, kini tampil lebih anggun & ayu bertudung. Beliau kini berhasrat untuk mengeluarkan lagu-lagu berbentuk kerohanian bersesuaian dengan imej muslimah & status ibu yang digalasnya itu. 


Shikin

Shikin, penyanyi dangdut terhebat Malaysia era 90-an kini terus bergiat aktif mewarnai dunia seni tanahair. Shikin atau nama penuhnya Aishah Dahalan, 35, memang menyedari irama dangdut sudah dianggap sebagai kelas ke-dua ketika ini namun minatnya yang mendalam menyebabkan Shikin tidak mahu terus melupakannya.

Nurkhiriah (Pelakon dan pengacara)

Merupakan calon Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama), Anugerah Skrin 2007 & Artis Komedi Wanita Popular ABPBH2008 dan Artis Komedi Wanita Popular ABPBH2009

Drama/Telefilem: Antaranya An-Nur, Neraca Kasih, Karana Cintaku Saerah, Nek KIah, Pepaya, Matahari, Kepompong, Antara Garisan, Jidin, Rawan Seorang Wanita, Agen 2x5, Simpang 3 dan Berdosakah Aku

Filem: Gubra, Papadom
Program TV: Hip TV (TV9), Perang Lawak (TV9)

Azza (Elite)

Nor Azzarima binti Zawari (juga dikenali sebagai Azza) merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi Kumpulan ELITE.Azza ialah pengasas kumpulan Elite yang pernah dianggotai Sasha Saidin, Abby Abadi, Watie dan Linda Rafar. Namun, Elite sudah pun berpecah apabila anggotanya membawa haluan sendiri. Azza pula ketika ini aktif sebagai pelakon dan pengacara.

Filem: Bara (1999), Mami Jarum Junior (2003), Jutawan Fakir (2003), Kuliah Cinta (2004), Sembilu 2005 (2005), Bujang Senang (2006)


Drama: Sembilu di RTM 2, Sembilu Kasih di TV3 dan TV9



Daftar Tempat Sekarang!

Dewan Utama




Foyer Aras 1






Acara Terdahulu



Bina Jenama Produk Anda Mudah!  Ketahui Selanjutnya