Kerja-kerja memperkemaskan bahan promosi untuk SuperFestGanu 1.0 di sekitar bandar Kuala Terengganu terus dijalankan oleh kakitangan & sekretariat penganjur diketuai CEO Sdr. Adam Hirzi Abd. Hadi (016-9443004).
Sebanyak 20 banner & 300 bunting #superfestganu telah berjaya dipasang di kesemua kawasan strategik bagi memaklumkan kepada penduduk sekitar berlangsungnya festival jualan yang bakal berlangsung di Dewan Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man Kuala Terengganu pada 29-30 Mei 2015.
Selain dari itu, sebanyak 10,000 flyers telah pun diedarkan sejak 2 minggu lalu secara berjadual dengan kerjasama syarikat/vendor percetakan, majalah serta pengedar akhbar sekitar bandar Kuala Terengganu & daerah-daerah sekitarnya.
Dengan itu, ia bakal menjemput lebih dari 25,000 pengunjung ke festival jualan yang berprestij ini, julung-julung kalinya diadakan khusus untuk seluruh lapisan masyarakat di sekitar negeri Terengganu itu sendiri.
Jumpa anda di Taman Tamadun Islam 29-30 Mei 2015 ini jam 10am hingga 10pm. 2 HARI SAHAJA!!!

