Dengan dewan lebih 20,000 kaki persegi serta berhawa dingin penuh, terus memastikan suasana membeli-belah di festival ini lebih ideal untuk sekeluarga. Oleh itu lebih 150 tempat disediakan kepada vendor memberikan kepelbagaian barangan/perkhidmatan jualan di bawah satu bumbung.
Secara amnya, ruang laluan pengunjung adalah 5 hingga 6 kaki lebar memberikan kawasan laluan lebih bersantai & "intimate" buat pengunjung & vendor. Pengunjung lebih selesa bersiar di kawasan jualan & melihat segala produk yang ditawarkan oleh vendor dengan lebih dekat lagi.
Setiap pintu masuk & keluar dikawal selia oleh kakitangan keselamatan penganjur & juga bantuan dari pejabat pengurusan Dewan Utama Kompleks Balai Islam Lindnag Kota Bharu. Kelengkapan asas seperti tandas, surau, bilik persalinan turut disediakan untuk pengunjung & juga vendor.

Dewan Utama
Makanan basah tidak dibenarkan untuk dibawa masuk kawasan jualan kerana keseluruhan dewan ini berlantaikan kemasan kayu. Sekaligus memberikan persekitaran yang lebih eksklusif bagi vendor menawarkan produk mereka pada harga yang lebih ideal kepada pengunjung.
